Thursday, July 28, 2011

TUA BELUM PASTI,TETAPI MATI ITU PASTI

Pada 27 julai 2011 yang lepas, I telah pergi melawat keluarga I yang kematian anaknya yang baru berumur 11 tahun “innaalillaahi wa innaa ilaihi ro ji'uun”, …semasa hayatnya, dia menghidap kanser saraf di kepalanya yang membuatkannya tidak normal seprti kanak-kanak yang lain sejak 1 tahun yang lepas…marilah kita sama-sama membaca al-fatihah dan berdoa semoga si mati berada di syurga Allah…
Nak dijadikan cerita,…sewaktu menziarahi , terdapat jiran tetangga dan ahli keluarga yang beragama islam seolah-olah meringankan hukum / adat ketika menziarahi Arwah dan keluargaNya…. Sedihnya I ketika melihat dan mengenangkan keadaan itu…
Dalam islam,terdapat adab-adab untuk setiap yang kita kerjakan, termasuklah adab-adab menziarahi jenazah.
Apabila kita menerima berita tentang kematian seseorang Muslim, sama ada yang kita kenali mahupun tidak kita kenali, adalah sunat kita menyebut, “innaalillaahi wa innaa ilaihi ro ji'uun”, seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156)


Untuk anda dan untk diri I sendiri,rasanya perlu mengetahui banyak perkara yang harus dan tidak harus dilakukan ketika menziarahi jenazah
-Jangan bergurau senda dengan teman-teman yang lain
-tidak digalakkan meniggikan suara ketika berbual-bual
-hormati ahli keluarga jenazah yang sedang bersedih
-ucapkan takziah kepada keluarga tersebut
- Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud,
“Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca surah Yasin.” (Hadis riwayat Abu Daud)
- Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah SWT dengan mengucapkan “Allahummaghfirlahu warhamhu” ertinya, “Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya.”
-Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian atau menyediakan makanan untuk ahli keluarga si mati.
- Digalakkan agar menghulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.
-Adalah makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.
-Melahirkan perasaan dukacita kepada waris di atas kembalinya ke rahmatullah.
-Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah.
-Mengingatkan keluarga jenazah dengan kesabaran di atas ujian Allah.
-Tidak menceritakan aib jenazah.
-Disunatkan membanyakkan membaca al-Quran dan berdoa sebelum jenazah dikebumikan.

Semoga apa yang I kongsikan ini dapat memberi serba sedikit pengetahuan kepada u all,…
Amin…

No comments:

Post a Comment