Tuesday, January 25, 2011

my childrens

Wednesday, January 19, 2011

"subhanallah"

“subhanAllah” – Allah maha besar

-benar kata kata bijak pandai,KITA HANYALAH MAMPU MERANCANG,TAPI TUHAN YANG MENENTUKAN”….aku just nak berkongsi pengalamanku dengan kau orang semua,….yang benar-benar menyedarkan aku tentang kekuasaan Allah SWT.
Ini berlaku kepada diriku beberapa bulan yang lepas,…semasa aku mengandungkan anak keduaku,”NURFARHANA HUSNA BINTI ZUPUL”,….
Semasa kandunganku mencecah 7 bulan, kali pertama aku d scanning oleh doktor di poliklinik,…beliau mengesahkan bayi di dalam kandunganku songsang….bayi tersebut masih duduk di dalam perutku….bukan seperti anak2 lain yang sudah kebawah kepalanya apabila kandungan mencecah 7 bulan.
Fikiranku mula becelaru, aku terus mencari bidan kampung untuk mengatur kedudukan bayiku….setelah berurut, aku mulai tenang, fikirku bayiku sudah berada dalam posisi yang betul…..aku pergi ke sebuah klinik swasta untuk kepastian,…..tekaan ku meleset,….apalagi apabila mendengar kata2 doktor tersebut , mustahil bagi bayi itu untuk berpusing ke kedudukan tepat apabila usia kandungan sudah mencecah 7 bulan atau pada peringkat matang,….doktor berpendapat kemungkinan bayiku itu sukar untuk berpusing kerana rumahnya, iaitu rahimku perutku tidak cukup besar untuk ia…melakukan proses tersebut. Namun aku bersyukur kerana kata doktor,anakku sihat.Alhamdulillah….
Setelah kandunganku mencecah usia 8 bulan , aku membuat imbasan lagi,sekali lagi doktor mengesahkan bayi dalam kandunganku masih dalam keadaan songsang,ia masih sedaya upaya untuk berpusing ke kedudukan yang betul,….aku semakin resah kerana hanya beberapa minggu lagi akan sampai waktu kelahirannya,….
Walaupun keresahan,aku terus berdoa pada Allah,supaya dipermudahkan bagiku melahirkannya nanti,…..walaupun doktor telah menetapkan tarikh untukku “check in”ke dalam wad….katanya, seorang doktor akan membantu aku untuk memusingkan kedudukan bayi dengan kaedah putaran menggunakan jari……ah,…aku semakin runsing,…aku begitu pasti bahawa usaha itu takkan berjaya….
Pada mulanya aku memilih untuk terus menjalani pembedahan,kerana bimbang bayi di dalam kandunganku mengalami masalah setelah proses itu nanti,…namun setelah diberi nasihat oleh doktor pakar untuk mencuba dahulu kaedah itu, suamiku dan aku akur,……
Pada hari ke 6 hari raya Aidilfitri,aku melaporkan diri ke dalam wad dan menjalani proses putaran anak tersebut,…..hanya tuhan sahaja yang tahu kesakitan yang dialami olehku selepas proses putaran itu,…..namun alhamdullilah,…bayiku sihat dan tidak mengalami apa apa masalah….namun,kedudukan kepala bayiku masih lagi seperti sedia kala……kata doktor,….proses itu telah gagal,……jadi,aku diberi tarikh untuk melapor diri sekali lagi ke dalam wad untuk menjalankan pembedahan ke atas diriku…..iaitu,….2 minggu lebih awal daripada tarikh kelahiran jangkaan doktor……
Sebaik saja datang ke rumah,aku terus menyambut lagi hari raya bersama suami tercinta dan ahli keluargaku,…walaupun dengan keresahan,aku tetap tabah menghadapi dugaan ini…mungkin ada hikmahnya di sebalik ini semua……semua saudara-mara yang aku temui mendoakan keselamatan aku, kerana belum pernah sebelum ini ahli keluargaku mangalami pembedahan semasa melahirkan anak,……hatiku semakin hari semakin tenang menunggu tarikh pembedahan yang telah ditetapkan…..
Tiba-tiba,pada suatu malam,….kira-kita pukul 9.00 malam,selepas makan malam bersama suami dan anak pertamaku,perutku rasa memulas-mulas,aku ke tandas untuk membuang air besar,….namun setelah aku melaksanakan hajat tadi,perutku masih juga memulas-mulas namun,…kali ini aku terasa seolah-olah ingin melahirkan anak, tetapi aku berasa hairan kerana perutku tidak terlalu sakit seperti kelahiran anak yang pertama dahulu. Aku teruskan menonton tv bersendirian. Suami dan anakku pada ketika itu,keluar berjalan-jalan kerana ada fun fair di hujung kampung. Semakin lama, kesakitan perutku samakin dekat,kakiku mula berasa penat. Tidak lama selepas itu,suamiku pulang ke rumah. Aku terus menyatakan kepadanya keadaanku. Dia mengajakku ke hospital, namun aku membantah bahkan aku menyuruhnya memanggil ibuku dirumah…diapun mengikut perintah aku…..Ibuku jadi tidak keruan, dia juga memaksaku untuk ke hospital…aku membantah dengan mengatakan perutku hanya terasa sedikit sahaja sakitnya,….aku menunggu jam menunjukkan tepat pukul 11.00 mlm barulah aku akan ke hospital jika sakitku berterusan.
Akhirnya aku dibawa ke hospital oleh suamiku….
Tiba di hospital, doktor memeriksa bukaanku dan menyatakan isnya sudah 6cm….mereka membuat scanning ke atas perutku kerana ingin memastikan kedudukan kepala anak . Ya benar,kepala bayiku masih berada di atas….aku,berzikir didalam hati dan tabah menerima apa apa jua cara aku melahirkannya nanti asalkan ia selamat dan sihat apabila lahir kelak…
Semua doktor dan bidan yang berada didalam hospital tertumpu kepada aku,…seorang menulis maklumat ku, seorang mencucuk jarum di belakang tapak tangan dan seorang lagi mencucuk sesuatu ke dalam saluran peranakanku untuk mengeluarkan semua makanan yang telah aku makan pada makan malam tadi…aku dimaklumkan aku akan dibedah sebentar lagi selepas habis semua proses ini. Ada juga doktor yang memarahiku kerana aku terlalu lambat datang ke hospital….aku menjawab perutku hanya memulas seperti hendak membuang air besar sahaja…..beliau terdiam mendengar kata-kataku itu….
Semasa seorang bidan tadi sedang memasukkan tiub, tiba tiba tiub itu terkeluar dan air ketumbanku terpancut keluar dan menurut bidan itu,kaki anakku telah terkeluar. Dengan cepatnya mereka menyorong katilku kebilik kelahiran dan aku dimaklumkan sekali lagi akan melahirkan anak secara normal. Seorang doktor sempat menyatakan kepada aku bahawa mereka terpaksa melakukan cara ini kerana kaki anakku sudah keluar….aku berasa sungguh bersyukur dan terus bersemangat untuk melahirkan bayiku itu…..selepas beberapa minit meneran, akhirnya lahirlah bayi keduaku…..aku sungguh bersyukur kerana melahirkan anak dengan cara normal……..

Disinilah kita benar-benar merasai satu lagi kebesaran Allah......semoga ini menjadi satu pengajaran untuk yang juga bakal melahirkan nanti,......