Friday, August 28, 2009

"wanita dan anak ke berapa dalam keluarga"




Rahsia Wanita Ini,Aku Dapat Daripada
Seseorang,…..Bacalah Dan Jangan Terlalu Mempercayainya Kerana,Sekadar Untuk Memenuhi Masa Lapang Engkau Orang….


Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan

ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh

iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas

iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
Penasihat yang baik kepada suami.
Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
Bijak mewujudkan suasana selesa.
Hati yang cepat berubah ubah

mengumpat...............mesti baca

Bercakap sedikit ,mesti masuk bab mengumpatkan? kaum perempuan beginilah tak taulah pulak kaum lelaki.Yang pastinya bila duduk lama-lama mesti ada saja bab umpat -mengumpat di antara kita. Mengapa mesti begitu? hasil hasutan syaitan ataupun sikap manusia sendiri yang tidak mahu berubah walaupun menyedarinya. Cukup-cukuplah tu….
Tak ada pahalanya kita mengumpat ni…cerita sikit sikit hal orang lain untuk pengetahuan sahaja cukuplah…tak perlu nak panjang-panjangkan cerita memutar belitkan cerita…..akhirnya nanti kita dituduh memfitnah orang..besar dosanya tu….siapa yang nak tanggungnya nanti? Bila lihat kejahatan di depan mata jadikanlah ia satu pengajaran supaya tidak berlaku kepada kita…insyaAllah…. Janganlah membuka aib orang lain…ingat,dunia ini bulat dimana manapun kita berada kita tidak akan lepas daripada pemerhatian Allah dan Malaikat-malaikatnya. Berkasih sayanglah antara sesama
kita “bersukalah apabila sahabat kita gembira dan turutlah berduka apabila sahabat kita besedih”…….semua kebaikan dan keburukan ada hikmah disebaliknya. Mungkin sekarang kita gembira tapi,jangan lupa esok dan hari-hari yang akan datang…..siapa tahu kita akan ditimpa musibah….wallahuAlam…….jadi,beringatlah kawan-kawanku……yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan….wasalam

Friday, August 14, 2009

c - cinta ku yang satu
i - impian yang satu
n - nyata tiada beza
t - tentukan satu arah
a - antara kau aku

janji kasih sehidup semati?sampai bila???

Cinta cinta cinta............


Semua orang sebut tentang cinta......apa itu cinta???setiap orang yang mempunyai pengalaman cinta,masalah cinta dan segala-galanya tentang cinta marilah sama-sama kita berkongsi cerita suka dan duka.Ingat!!!!!!!!!!!eh.....bukan sekadar cinta antara lelaki dan perempuan sahaja.....................cinta kepada anak,ibu,haiwan
peliharaan,alam semesta dan sebagainya.........open your mind,....
mari sama-sama kita berkongsi..........peace no war...........semoga
bergembira