Friday, June 10, 2011

Bisnes untuk tambah pendapatan keluarga




Saya Suka sangat bisnes sebab,boleh dapat duit atas usaha kita sendiri
n tak menyusahkan orang lain.lebih-lebih lagi sekarang anak pun dah dua...faham-fahamjerlah....
Bila berniaga,kita rasa gembira sebab tengah-tengah bulan(time org selalu kering kontang)kita ada duit...best ....dapat pula membeli belah untuk anak-anak
Tak perlulah bisnes besar-besar(MODAL BESAR)kecil-kecilan pun cukuplah sebagai contoh,jadi agen untuk sesuatu bisnes,kita tolong org promosikan barang mereka,kita dapat gak komisyen kat situ ataupun,bagi yang suka online,carilah laman-laman web bisnes ,dimana anda boleh beli pelbagai barang dengan harga yang amat murah dari kilang n juallah dengan harga anda sendiri(berpatutanlah)..at least,ada gak wang untuk suka-suki ...

kita kena bijak ambil peluang untuk dapatkan wang.Apa apa cara sekalipun,asalkan HALAL kawan-kawan.Jangan hanya kerana terdesak,kita cari wang dengan cara yang HARAM....hish,tak baik tu



Ada berjuta-juta laman web yang anda boleh cari untuk memulakan perniagaan search apa-apa nama pun akan keluarlah beratus-ratus halaman untuk anda klik dan cari manfaatnya di sana..

Dunia moden,carapun modenlah.Kalau boleh chat
dalam internet,kitapun boleh cari rezeki melaluinya

Bak kata pepatah melayu ada menyebut, DIMANA ADA KEMAHUAN,DISITU ADA JALAN

Jom kita sama-sama renung-renungkan HADIS RASUL dan FIRMAN ALLAH dibawah....

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
Sembilan per sepuloh punca rezeki itu adalah di dalam bidang perniagaan

Allah s.w.t. berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi, dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.(An-Nisaa:29).

Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah membuka mata saya tentang perniagaan seperti ini...tanpa dia,saya juga buta tentang kebaikan internet....semoga Tuhan akan panjangkan rezeki beliau...AMIN

No comments:

Post a Comment